Tuesday, May 10, 2011

my new life..

9 May 2010...sehari selepas hari ibu aku dpt tau yang aku bakal menjadi ibu...terlepas la utk dapat wish Selamat Hari Ibu tahun ni..hehe...Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan kurniaanNya.

Menurut Dr. Khadijah, kini aku hamil 7 minggu 4 hari dan dijangkakan bersalin pada 21 Disember 2011..ujung tahun ni insyaAllah...semoga aku dan baby di kurniakan kesihatan yang baik, tiada masalah dan semoga aku selamat melahirkan zuriat ini ke dunia...Amin...

Rasa terharu sangat2 bila test yang doktor jalankan tu positive..tak sangka sebab bulan sebelum ni pun delay period sampai hari ke 55. Hari Khamis (12 May 2011) baby genap 8 minggu..

Berikut adalah keadaan baby yg di COPY dr 1 laman web.. hehe 

Minggu pertama - 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Minggu ke-2 - Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Minggu ke-3 - Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.
Minggu ke-4 - Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Minggu ke-5 - Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Minggu ke-6 - Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Minggu ke-7 - Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Minggu ke-8 - Rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Sekarang ni aku dah start minum ANMUM dan susu Dutch Lady..semoga ianya membantu dalam pertumbuhan tulang dan minda baby.. Alhamduillah alahan tidak la seteruk mana. Cuma, waktu pagi dan waktu senja yang agak membimbangkan. Namun, aku akan melalui semua saat-saat manis ini dengan penuh kesyukuran :)  

Buat masa ini...itu saja la..semoga berjumpa lagi di lain post.. :)

Thursday, April 14, 2011

How To Be A Good Leader

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!!!

Petang jumaat yang mendung,cuaca mendung (mcm hujan sdh di luar tu), perasaan pun tak berapa OK..arini bekerja selepas 3 hari memontengkan diri dengan sebab BERKURSUS...hehe..

Kursus Kepimpinan Dan Penyeliaan Bil.1 Intan Sabah. Attend kursus ni dengan rakan sejawat iaitu Pn. Norliza Dzlukifli. Semoga dengan kehadiran kursus ni semakin berkualiti lah leadership skill ku... :) Macam2 belajar dlm kursus ni. Antaranya,

a) Role of Leadership
P - Planning
O - Organising
L - Leading
C - Controlling

b)  Bos is always right
     If Bos not right, please reffer above statement (i like..)

c)........................

....dan macam-macam lagi. Selain dari itu, kursus ni dapat membina social networking. Dapat jumpa pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai latar belakang, pelbagai bidang dan pelbagai lapisan usia. Tapi, memori daun pisang yang tidak akan di lupakan di sini adalah pengalaman sebagai presenter dan pengacara majlis. Selepas buat 1st presentation, rakan sekumpulan asyik cakap "YOU ARE A GOO PRESENTER".. blt2 puji ka atau sekadar kata-kata manis untuk buli aku????...haha...Pengalaman jadi MC untuk majlis penutupan pun best juga..lepas majlis jak, nama EVA dah bertukar jadi MC..hahaha...lawak, lawak...

Apapun, very enjoy attedning this course :) Dalam banyak-banyak perkara, ada 1 benda yang aku kena improve to become a GOOD leader iaitu : COMMUNICATION... mulai hari ini, aku berazam untuk lebih berkomunikasi dengan staff. Selebihnya, letak di tepi dulu..biar la orang mengata di belakang, itu semua urusan Yang Maha Esa...

Akhir kata No Body Will Chance Me. So, I Will Chance Myself ..smile n happy always..

Thursday, March 24, 2011

month of MARCH...

25 March 2010..ada lebih kurang 6 hari lagi untuk tinggal bulan March yg penuh keperitan ini...

Bersyukur ke hadrat Illahi, sampai ke hari ini progress work bulan ni hampir 80%..semoha semuanya berjalan lancar.. :) Berikut antara agenda n kenangan pahit manis bulan March ini..

~ 11.03.2010 : Family Gathering @ KB...hari ni juga la Tsunami melanda Jepun.
~ 12-13.03.2010 : Bengkel @ Mimpian Jadi..balik jak demam teruk sampai ndak boleh bangun...huhu
~ 15.03.2010 : PAC Kajian 2009..Walaupun masih demam, gagahkan juga diri untuk drive ke DUN
~ 16.03.2010 hingga ke hari ini busy wit my Report, Slide, Kertas Kerja n AI...
next,
~ 29-31.03.2010 : will be in Labuan..insyaAllah..presentation sulung ku di depan KAN..dah la i'm the 1st presenter, bawa kajian hangat dengan isu2 n kes2 yg tersendiri....waduh2x...

Gud Luck Puan Eva!!!

Monday, January 3, 2011

just start...

4 January 2010 ~ Coretan Sulung Ku di Blog ini  ^_^.. (i'm a new blogger..segala kekurangan harap d maafkan)

4 hari meninggalkan Tahun 2010 yang memberikan berjuta kenangan terindah dalam lipatan sejarah hidupku.. Bak kata pepatah "Masa Itu Emas".. Namun, bagiku masa itu lagi beharga dr Emas coz masa tiada dijual di mana-mana..hehe...Andai dapat ku ulang masa, ingin aku kembali di tarikh keramat 26 Jun 2010 itu!! Tapi, apakan daya..kenangan terindah hanya akan ku simpan dlm kotak fikiran sampai ke akhir hayat.. Berikut adalah imbasan di tarikh yang penuh bersejarah itu..enjoy it!